KANAK-KANAK AUTISME PENYERI PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT

KUALA LUMPUR, Seramai 7 orang kanak-kanak Autisme telah menyertai program Rakan Muda Day Out kali ini. Para peserta telah ditemani oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing. Program Rakan Muda Day Out ini telah selesai dilaksanakan di Uniq Rainbow Learners, Pusat Jagaan Autisme Pelangi Unik, Bukit Jalil.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bersama kanak-kanak Autisme ini adalah pembentangan laporan aktiviti tahunan, demostrasi menaip, ramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga serta aktiviti-aktiviti sukaneka yang lain. Program Rakan Muda Day Out yang dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi turut disertai oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Program ini telah berjaya mencapai objektif pelaksanaan Rakan Muda Day Out dengan penglibatan seramai 20 orang ahli Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi iaitu menyediakan platform kepada belia untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara sistematik, mendedahkan belia melalui pembelajaran dan pengalaman secara hands-on menggunakan inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti di peringkat akar umbi dan komuniti serta telah mencapai objektif untuk mendidik dan mengalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan secara profesional.

Sumber : FB JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JBSWPKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …