OPERASI ANTI LITTER BANDARAYA OLEH MBPP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pasukan Anti Litter Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan “hotspot” seperti di Persiaran Queensbay, Persiaran Karpal Singh dan Padang Kota Lama dan sebagainya.
Operasi Anti Liter Bandaraya yang digerakkan pada 21 Mei 2022 telah menyampaikan pendidikan kesihatan serta nasihat kepada para pengunjung yang beriadah bersama keluarga dan sahabat handai agar membuang sisa-sisa pembungkus makanan dan minuman di tong-tong sampah yang disediakan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak tujuh (7) Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan terhadap para pengunjung yang melakukan kesalahan iaitu dengan sengaja melemparkan sampah di kawasan-kawasan tersebut.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar harus dipikul bersama agar kesegaran dan keindahan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah …
Maklumat Lanjut

TAKLIMAT KERJA UKUR POST-MONSOON BAGI PENGUMPULAN DATA HIDOGRAFI DI MUARA SUNGAI GOLOK

Program usahasama Malaysia Thailand. Tarikh : 25/4/2025 Masa : 10.00 pagi Tempat : Imigresen Thailand dan lawatan ke pesisir muara …
Maklumat Lanjut

PEMERIKSAAN ICQS BUKIT BUNGA

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemeriksaan 32 buah kenderaan tempatan & asing di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah, …
Maklumat Lanjut