OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN TANAH MERAH BERSAMA JAHEAIK

 

TANAH MERAH 23 MEI : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah hari ini dengan kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah menjalankan operasi bersepadu.
Operasi dijalankan berhubung perbahasan HALAL dan juga penandaan tanda harga di premis yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman sekitar Bandar Tanah Merah, Kelantan.
Operasi Halal ini diketuai oleh YBrs. Tuan Nordin bin Ismail bersama-sama 2 orang pegawai, manakala JAHEAIK Negeri Kelantan diketuai Ustaz Ahmad Khairul Anwar bin Mohamed Haniff, Pegawai Pengarah (Operasi) Bahagian Pengurusan Halal bersama 3 orang pegawai.
Tumpuan utama pemeriksaan tertumpu kepada penyalahgunaan logo HALAL samada pada produk makan ataupun premis makanan serta penandaan harga pada menu-menu makanan dan juga minuman.
Hasil daripada pemeriksaan mendapati premis yang diperiksa mematuhi perundangan yang ditetapkan sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut