PERDANA MENTERI YAKIN DENGAN KEUPAYAAN KERAJAAN TERENGGANU DALAM INDUSTRI PERLANCONGAN

KUALA TERENGGANU, 23 MEI 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yakin kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mampu mencapai sasaran untuk menarik sekurang-kurangnya tiga juta pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun ini melihat kepada promosi ‘Beautiful Terengganu’ dan kempen lain yang giat dilakukan kerajaan negeri.

Terengganu dilihat sebuah negeri berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan utama negara kerana kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya kesenian, warisan dan tinggalan sejarahnya yang tersendiri. Antara kawasan menarik di Terengganu adalah air terjun dan kolam air panas di Besut, Resorts World Kijal, pusat seni ukiran, industri batik dan songket selain memiliki kawasan persisiran pantai terpanjang dan indah sejauh 244 kilometer. Justeru, amat bertepatan Terengganu dikenali sebagai ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Pun Baik-Baik.

Dengan kerancakkan kehadiran pengunjung ke negeri ini, maka ia dapat membantyu meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan dan turut serta mewujudkan peluang pekerjaan yang baru seiiring dengan keperluan Nilai Teras Keutuhan Ekonomi.

“Jadi mari lah kita pakat mari ke Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orangnya pula baik-baik belaka,”

(Sumber/gambar ihsan dari Media MBTerengganu)

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut