OLYMPIC DAY FUN RUN : PULAU PINANG SASAR 1,000 PENYERTAAN

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda Dan Ketahanan Rakyat)

BUTTERWORTH, 23 Mei 2022 : Negeri Pulau Pinang menyasarkan pembabitan sehingga 1,000 peserta dalam acara ‘Olympic Day Fun Run’ peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 19 Jun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee memaklumkan bahawa sasaran tersebut dibuat susulan penyertaan menggalakkan yang diterima pada acara ‘Youth Run’ sempena Hari Belia peringkat negeri di Stadium Negeri Batu Kawan, pada minggu lepas selepas 400 peserta termasuk dari luar Pulau Pinang mengambil bahagian.

Menurut beliau lagi, penganjuran ‘Olympic Day Fun Run’ adalah selari dengan objektif Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 untuk mempromosi dan menyemai semangat Sukan Untuk Semua dalam masyarakat di negeri ini.

Acara yang julung kalinya diadakan sempena sambutan Hari Olimpik Sedunia pada 23 Jun 2022 itu terbuka kepada semua peringkat umur bermula dari usia tujuh (7) tahun. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM35 dan setiap peserta menerima sehelai baju T, pingat bagi mereka yang berjaya menamatkan larian serta sijil penyertaan elektronik atau ‘e-certificate’. Ianya akan berlangsung di Dataran Pemuda Merdeka di Butterworth dengan melibatkan jarak larian sepanjang enam (6) kilometer.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh melayari laman sesawang berikut : www.howei.com/event_details/olympicdayfunrun selewat-lewatnya 10 Jun 2022.

 

Sumber:

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …