MASJID AL-BARAKAH MUKIM TAKANG BAKAL BERI MANFAAT

 

BACHOK – Kerja-kerja naik taraf Masjid Al-Barakah, Mukim Takang di sini bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat dalam mempelajari ilmu agama sekali gus memperkasakan lagi peranan institusi itu di kawasan berkenaan.

Antara penambahbaikan yang akan dilakukan ialah dengan membina dewan serbaguna dan rumah tamu. Selain itu bangunan solat utama akan dibesarkan dengan membina bangunan dua tingkat. Sebelum ini hanya sekitar 400 orang sahaja jemaah dapat ditempatkan dalam satu masa, namun apabila siap nanti dijangka mampu menempatkan lebih 700 dalam satu masa.

Dana yang terkumpul sekarang sekitar RM200,000. Sehubungan itu, kami mengajak seluruh masyarakat untuk membantu menjayakan misi ini dengan menghulurkan sumbangan.

Sumbangan ini boleh disalurkan menerusi akaun Maybank (553131023313) atas nama Tabung Pembangunan dan Imarah atau Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (03018010057308) Kumpulan Wang Masjid Al-Barakah Kampung Takang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …