MAJLIS PENYERAHAN KIT RUMAH IBADAT HIJAU DAN PROGRAM KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR BERTEMPAT DI MASJID ZAID BIN HARITSAH, KUALA LUMPUR

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) turut dihadiri oleh YBrs. Puan Noor Afifah Abd Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Md. Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, YBrs. Ts. Shamsul Bahar bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan YBhg. Tuan Haji Mohd Aizul bin Adnan, Pengerusi Masjid Zaid bin Haritsah.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia sedang melaksanakan inisiatif Program Rumah Ibadat Hijau (RIH).

Program ini yang bertujuan untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau di kalangan masyarakat setempat. Bagi menyahut saranan ini, JPS telah memilih Masjid Zaid bin Haritsah, Gombak, Kuala Lumpur sebagai rumah ibadat angkat Jabatan.

Objektif Rumah Ibadat Hijau ini juga adalah untuk menjadikan rumah ibadat sebagai contoh bangunan cekap penggunaan tenaga dan air, pengurusan sisa buangan, mesra alam, rendah karbon serta mengaplikasikan teknologi hijau di kawasan setempat. Elemen-elemen ini diterapkan dalam program ini bagi mencapai sasaran untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti.

Bagi merealisasikan program ini, Kit Rumah Ibadat Hijau yang mengandungi tong kitar semula, pili cekap air, buku panduan dan pelekat peringatan amalan hijau dan sumbangan wang tunai bagi pembelian barang-barang teknologi hijau akan disumbangkan kepada rumah ibadat angkat terpilih.

#KitRumahIbadatHijau

#KementerianAlamSekitardanAir

#JabatanPengairandanSaliranMalaysia

#JayakanPerkhidmatanSempurna

#JPS90Tahun

Sumber : FB JPS WP KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/JPSWPKL

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …