MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGURUS SUKMA KE-20

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengurus SUKMA ke-20 Majlis Sukan Negara 2022 dalam program Semarak Aidilfitri peringkat Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Hanya tinggal 120 hari sahaja lagi untuk SUKMA!

Turut diumumkan adalah Ketua Kontinjen (CDM) bagi WiPers iaitu YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha KWP dengan dibantu tiga Timbalan Ketua Kontinjen (TCDM) iaitu Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL, Datuk TPr Sulaiman Mohamed, Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj, Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud dan juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Encik Hj Rithuan Hj Mohd Ismail. Semoga #teamWiPers berjaya merangkul kejuaraan untuk SUKMA 2022!

 

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …