MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PARLIMEN JEMPOL TAHUN 2022

   

JEMPOL – 19 Mei 2022 bertempat di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jempol pihak PPD Jempol/Jelebu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Jempol bagi Tahun 2022. Wakil PDRM IPD Jempol dihadiri oleh ASP Mohd Basirul Hapi Bin Ibrahim, – KBPD Jempol, Insp. Sarah bte Olimohamed, – KPB BSJ serta anggota dari Balai Polis Bandar Seri Jempol.

Jemputan VIP terdiri dari YB Datuk Seri Hj Mohd Salim Bin Mohd Shariff, – Ahli Parlimen Jempol, YB Mustafa Bin Nagoor, – ADUN Palong, Tn. Shamsul Kamar Bin Rahman, – wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tn. Putra Bin Hashim, – Peg. PPD Jempol Jelebu, En. Zulfikar, – wakil rasmi kepada Pegawai Daerah Jempol, Pengetua MRSM, semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Jempol serta Guru-guru Daerah Jempol.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu dan disusuli ucapan dari YB Dato’ Hj. Salim Bin Sharif, – Ahli Parlimen Jempol.
Penyampaian Anugerah Hari Guru bagi menghargai jasa-jasa guru yang telah berbakti bagi membentuk pelajar-pelajar berjaya di masa hadapan.

Majlis sebegini juga diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah mendidik generasi semua peringkat. Selain itu, dapat menghargai tokoh-tokoh ilmuwan dan bekas-bekas pendidik yang telah bersara dan pernah menaburkan jasa dan bakti, serta menyanjung jasa dan keringat pendidik dalam membina modal insan, memelihara dan memulihara integrasi kaum serta berbakti kepada negara dalam memanifestasikan adiwangsa.
Kehadiran tetamu yang hadir dianggarkan lebih kurang 500 orang. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden sehingga selesai.

   

Sumber : FB IPD Jempol

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut