DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN YAM CHE PUAN BESAR LAWAT PUSAT TEMUDUGA KANAK-KANAK (CIC) DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN JOHOR (IPK), JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 17 Mei 2022 – DYAM Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Che Puan Besar, Khaleeda binti Bustamam telah berkenan berangkat melawat Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), Johor Bahru. Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor akan memberikan sumbangan sebanyak RM360,000 untuk menambahbaik CIC tersebut, memperkasakan kekuatan pasukan polis D11 dan untuk menyediakan sebuah CIC di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar dan di Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak di Johor.

Kerajaan Negeri Johor juga takan menjalinkan kerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan daripada UNICEF untuk melaksanakan pelbagai usaha untuk menambahbaik SOP dan prosedur yang ada serta meningkatkan kesedaran awam. DYAM TMJ menegaskan pandangan bahawa apa jua bentuk penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan. Menjadi tanggungjawab semua bangsa Johor untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di negeri Johor.

Turut serta dalam lawatan itu adalah YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …