KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) DINAIK TARAF SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)

JOHOR BAHRU, 26 April 2022 – Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI). Terdahulu, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada 25 April 2022. Pada pertemuan itu, YB Datuk Seri Dr. Noraini telah mempersembahkan kepada Baginda Tuanku Sultan mengenai sijil kelulusan penubuhan KUIJSI. Penubuhan KUIJSI telah diluluskan pada 8 Februari 2022.

MARSAH ditubuhkan dibawah sumber dan pengurusan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 1997 dan pada 2004, DYMM Sultan Johor telah bertitah agar MARSAH terus diletakkan dibawah pengurusan dan pentadbiran MAIJ dengan dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Islam. MARSAH telah berjaya melahirkan lebih 3,000 graduan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …