TAHNIAH!! YILAMARAN A/L VISPALINGAM, ANAK JOHOR BERJAYA RAIH PINGAT PERAK DI KEJOHANAN KARATE DEAFLYMPIC BRAZIL

TAHNIAH!!

Yilamaran a/l Vispalingam

JOHOR BAHRU, 3 Mei 2022 – Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada atlet negara, Yilamaran A/L Vispalingam yang berjaya meraih pingat Perak acara Kumite bawah 84kg pada kejohanan Karate Deaflympic di Brazil. Atlet kelahiran Johor itu menempa sejarah tersendiri apatah lagi ini pertama kali negara mengambil bahagian dalam acara tersebut di peringkat dunia dan merangkul pingat untuk kontinjen Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM8,000.00 atas kejayaan beliau mengharumkan nama Negeri dan Negara dipersada dunia. Kejayaan membanggakan itu tentunya menjadi pembakar semangat buat seluruh Bangsa Johor untuk sentiasa berusaha meraih kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan.

Ayuh luaskan kuasamu Johor!

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …