PELANCARAN PROGRAM JUALAN SEMARAK SYAWAL FAMA 2022 DI PASAR TANI DATIN HALIMAH, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 30 April 2022 – YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah melancarkan Program Jualan Semarak Syawal FAMA 2022 di Pasar Tani Datin Halimah, Johor Bahru. Kerajaan Negeri komited dalam menjayakan Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor (Johor Food Security Agenda). Kerajaan Negeri beriltizam untuk menjadikan Johor sebagai bank makanan kepada negara-negara serantau dan antarabangsa bersandarkan kejayaan serta potensi sedia ada dalam sektor ini yang dilaksanakan dengan pendekatan lebih segar, sesuai dan terkini.

Menerusi platform Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor, Dasar Agro Makanan Negeri Johor (DANJO) sedang dirangka. Ia akan menjadi dokumen rasmi sebagai panduan untuk pembangunan dan pemodenkan sektor agro makanan Johor. Bagi menyokong agenda ini, Kerajaan Negeri akan menumpukan segala aktiviti ekonomi dalam seluruh rantaian nilai bekalan makanan dari peringkat pengeluaran, pemprosesan, tambah nilai, pengedaran dan pemasaran, pengimportan serta pengeksportan. Para petani, termasuk golongan muda perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi moden bagi meningkat produktiviti hasil pertanian, di samping mengurangkan beban dan kos.

Dalam menjayakan agenda ini, penglibatan dan kerjasama strategik antara pelbagai pihak amat penting, khususnya dalam pemain industri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menggerakkan pelbagai inisiatif dan merancakkan pelaburan dalam usaha untuk melonjakkan lagi pembangunan sektor ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …