SEKTOR ANIMASI NEGARA BERPOTENSI TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Infrastruktur Digital)

Menurut Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, sektor animasi negara berpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa kerana Malaysia mempunyai keupayaan dari segi teknologi dalam industri itu.

Pada ketika ini, produk animasi tempatan seperti Upin Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran. Potensi sektor animasi Malaysia adalah besar dan kita mempunyai keupayaan serta teknologi berkaitan. Malaysia lebih ke hadapan dalam sektor animasi ini. MDEC menyatakan kesediaan untuk memberi bantuan dari segi kandungan.

MDEC sebagai agensi peneraju yang menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi akan terus mempergiat promosi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global. Penganjuran Marche Du Film menjadi platform terbaik kepada MDEC untuk mempromosi dan memperkenalkan produk animasi negara seperti Upin Ipin, Ejen Ali, Mechamato dan Batik Girl.

Penyertaan MDEC menyertai Marche Du Film secara tidak langsung membawa bendera Malaysia dan membuat kenyataan bahawa animasi mempunyai potensi yang besar kerana ianya memerlukan inovasi tanpa nama dan penerbit besar seperti yang dilakukan oleh Upin dan Ipin. Penyertaan MDEC dalam Marche Du Film diharapkan dapat menambah lagi pelaburan untuk Malaysia.

MDEC juga akan membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk memohon geran dan seterusnya menghasilkan lebih banyak filem animasi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Marche Du Film merupakan perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei 2022.

Sumber:

Astro Awani, Bernama

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …