LAWATAN DAN KERJA-KERJA PENGUKURAN BAGI TUJUAN PEMASANGAN PAPAN TANDA ARAH KIBLAT DI TANAH PERKUBURAN KG. PUAH, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Falak dengan kerjasama Unit Tanah Perkuburan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Masjid Saad bin Abi Waqqas telah melakukan lawatan dan kerja-kerja pengukuran bagi pemasangan papan tanda arah kiblat di Tanah Perkuburan Kg. Puah, Kuala Lumpur.

Program tersebut telah disertai oleh Dr. Muhammad Zakuwa Rodzali (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI), Dr. Rohaily Abd Hamid (Pegawai dari Unit Tanah Perkuburan JAWI), Ust. Mior Ahmad Fitri Mior Shahridan -Naqib Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas serta beberapa pegawai PMWP diketuai Ustaz Mohd Jais Anuar Ahmad, Ketua Unit Falak.

PMWP telah membuat penentuan dan pengukuran arah kiblat serta penandaan arah kiblat bagi tujuan pemasangan papan tanda arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam tersebut sebagai panduan kepada petugas dan orang ramai yang menziarahi kubur berkenaan.

 

SUMBER: FB MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut