LIMA SYARIKAT SERTAI SMART SBB PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan – Food Security)

Lima (5) syarikat peneraju di Pulau Pinang menyertai Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah.

Lima syarikat tersebut adalah Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad; Koperasi Jalan Sempadan Nibong Tebal Berhad; Koperasi Kelompok Padi Jalan Baru Nibong Tebal Berhad, Kilang Beras Siong Heng Sdn Bhd dan OBL Maju Sdn Bhd

Program SMART SBB merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membangunkan kawasan-kawasan penanaman padi dengan mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi.

Program ini juga bermatlamat meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah dengan sasaran jumlah kawasan sawah padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingkat.

Program SMART SBB di Pulau Pinang yang melibatkan keluasan kawasan 942 hektar dan 420 orang pesawah yang akan dilaksanakan di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang.

Kolaborasi strategik antara MAFI bersama koperasi dan syarikat peneraju dijangka menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan di Pulau Pinang.

Program SMART SBB juga merupakan salah satu pendekatan baharu untuk menarik lebih ramai pihak swasta sebagai rakan kongsi kerajaan bagi menjadikan subsektor padi dan beras negara lebih dinamik dan berdaya saing.

Penyertaan pesawah dalam Program SMART SBB adalah secara sukarela, tiada sebarang bentuk paksaan mahu pun pengambilan balik tanah dilakukan.

Sejak diperkenalkan pada 23 Februari tahun lalu, Program SMART SBB berjaya dilaksanakan di sembilan negeri iaitu Kedah; Kelantan; Pahang; Perlis; Perak; Selangor; Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penglibatan 19 syarikat peneraju.

Menurut MAFI, sehingga Mac tahun ini, seramai 4,123 peserta telah menyertai Program SMART SBB dengan jumlah keluasan lebih 10,000 hektar.

Program SMART SBB merupakan antara hala tuju baharu industri padi dan beras yang akan terus bantu meningkatkan produktiviti dalam mencapai sasaran 75 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negara menjelang 2025 seperti yang digariskan di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Sumber:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut