MOBILE LAB MAIWP DANA KITA

Dalam menyebarluaskan lagi kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah mengadakan kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP KL) dan Dana Kita melalui pelaksanaan MOBILE LAB MAIWP DANA KITA.

Beberapa peralatan mengesan dan menentang kebakaran seperti Alat Pengesan Asap, Alat Pemadam Api dan Fire Blanket telah disumbangkan melalui pegawai penggendali Bas MOBILE LAB MAIWP DANA KITA. Ianya merupakan beberapa keperluan keselamatan kebakaran yang sangat penting dan perlu dimiliki bagi mengelakkan Vehicle Fire (kebakaran kenderaan) dan Structure Fire (kebakaran struktur).

Disamping itu, bagi memastikan penyampaian yang lebih effisien, Jabatan juga menyediakan video-video interaktif keselamatan kebakaran dan keselamatan aktiviti di air untuk tayangan umum kepada pelawat yang berkunjung ke MOBILE LAB MAIWP DANA KITA.

Video-video interaktif ini akan ditayangkan di dalam MOBILE LAB MAIWP DANA KITA setiap kali team bergerak ke lokasi/destinasi pilihan samada di PPR ataupun sekolah-sekolah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak MAIWP dan Dana Kita terhadap peluang yang telah diberikan. Ini merupakan salah satu permulaan kerjasama yang baik antara JBPM Kuala Lumpur, MAIWP dan juga Dana Kita dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.Hadir sama PgKB II Mohd Haikal bin Md Kasri dan PgB Rosdhi Fitri bin Roslan ke lokasi.

 

SUMBER: FB KESELAMATAN KEBAKARAN BOMBA KL 

https://www.facebook.com/profile.php?id=100070714364322

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …