PENGINAPAN HOMESTAY BERLESEN DIBENARKAN TETAPI PENGINAPAN JANGKA PENDEK DILARANG DI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Impak Pembangunan Bandar Dan Luar Bandar)

Menurut YB Jagdeep Singh Deo selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang, pengusaha penginapan homestay di negeri ini dibenarkan beroperasi selagi mereka mempunyai lesen yang dikeluarkan untuk beroperasi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Namun begitu, ianya berbeza dengan penginapan jangka pendek yang beroperasi di pangsapuri atau kondominium.Tiada kelulusan atau lesen yang dikeluarkan untuk beroperasi. Ini kerana kehadiran orang yang tidak dikenali selama satu atau dua hari yang tinggal bersebelahan rumah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kejiranan. Jumlah hotel yang banyak di Negeri Pulau Pinang telah dapat menampung kehadiran pelancong ditambah dengan homestay yang sedia ada.

Menurut YB Jagdeep, beliau akan mengesyorkan kepada kerajaan agar melarang penginapan jangka pendek ini demi menjaga keselesaan dan keselamatan rakyat di skim perumahan tersebut. Menurutnya lagi, terdapat banyak masalah dengan jumlah rumah yang menawarkan penginapan jangka pendek sebelum wabak Covid-19. Memandangkan lebih banyak sektor dibuka semula, beliau menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima kerana lebih ramai orang di pangsapuri akan terganggu oleh penginapan jangka pendek ini. Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran majalah The Pawsible di Gurney Plaza pada 16 Mei 2022.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN: PEMAKANAN SIHAT UNTUK SELAMAT DARI KEKEJANGAN OTOT

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan …
Maklumat Lanjut