JPJ PULAU PINANG JALANKAN PENGUATKUASAAN KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPA), BAS PEKERJA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seberang Jaya, 15 Mei 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan berfokus terhadap KPA dengan tumpuan utama bas pekerja yang merupakan pengangkutan awam utama bagi operator pengeluaran yang bekerja di lndustri perkilangan dan pembuatan di negeri Pulau Pinang. Penguatkuasaan ini diadakan secara berfokus selama dua (2) hari dengan tumpuan di daerah Barat Daya dan daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.

Di samping memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perkhidmatan awam ini mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya, keselamatan dan keselesaan penumpang bas pekerja juga diberi perhatian utama bagi memastikan kenderaan awam ini dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Pemandu dan pengusaha KPA ini dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang berkuatkuasa bagi memastikan daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan, bebas dari kemalangan dan selamat digunakan di jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …