LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK PELESEN AWAM DAERAH JEMPOL TAHUN 2022/2023

   

JEMPOL – 10 – 11 Mei 2022, satu program latihan kemahiran menembak bagi pembaharuan lesen senjata api bagi pelesen awam telah diadakan untuk menguji kemahiran pemegang lesen mengendalikan senjata masing-masing serta memastikan senjata api milik mereka dalam keadaan baik.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan amanat oleh Insp. Nor Fazilah Binti Abdullah, – Pegawai Lapang Sasar, Sjn Zamri Bin Bajuri, – Pen. Pegawai Lapang Sasar dan Sjn Ismail Bin Aziz, – Pegawai Tapak.

Seramai 197 pelesen awam Daerah Jempol hadir untuk menjalani latihan menembak dan memperbaharui lesen 2022/2023. Taklimat keselamatan senjata api dan taklimat acara menembak telah disampaikan juga sebelum acara menembak bermula.

Turut hadir dalam program Anggota-anggota teknikal – Persenjataan IPD Jempol, Jurulatih dari IPD Jempol serta urusetia-urusetia yang terlibat dari Cawangan Perlesenan IPD Jempol.

Latihan menembak berjalan dengan lancar, dan semua senjata api yang diperiksa telah dipastikan berada dalam keadaan baik untuk digunakan serta disokong untuk lesen diperbaharui bagi tahun 2022/2023. Program berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah yang berlaku.

 

Sumber : FB IPD Jempol

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …