AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG MASYARAKAT MEMBERSIHKAN KAWASAN PENGUMPULAN SAMPAH BERMASALAH

KUALA NERUS, 15 MEI 2022 –  Satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan baru-baru ini bersama kakitangan PKM Dun Tepoh, pemuda PAS Dun Tepoh, anggota Jabatan Amal Dun Tepoh dan JPKK Kg Bukit Berangan untuk bergotong royong membersihkan kawasan pengumpulan sampah Jalan Bukit Berangan ke Kampung Pulai Baharu.

Program ini adalah bertujuan bagi menyelesaikan masalah sampah yang berlonggok dan tidak diselenggara dengan baik dan masih terbeban dengan limpahan sampah sarap dalam kawasan Dun Tepoh selepas Aidilfitri.Program seumpama ini akan diteruskan dikawasan yang lain dalam usaha mewujudkan budaya bergotong royong dan memupuk kecaknaan masyarakat terhadap kebersihan dan keceriaan di kawasan persekitaran.

Selain itu juga, ia dapat menjamin penduduk untuk menikmati persekitaran yang kondusif dan memberikan tanggapan positif kepada pengguna jalanraya di kawasan tersebut.Dalam usaha memberikan kemudahan dan mengecapi pembangunan yang mampan ini, masyarakat diseru agar sentiasa bersatu padu dan berkerjasama dalam setiap aspek di dalam komuniti mereka sama ada dari segi penjagaan kebersihan atau keselamatan komuniti kerana Keselamatan Komuiti adalah Tanggungjawab Bersama.

DASAR KSELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS  KESEPADUAN NASIONAL
NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …