PERJUMPAAN POLIS PANTAI BERSAMA KRT & PERSATUAN PENDUDUK KAWASAN BANGSAR

PERJUMPAAN POLIS PANTAI BERSAMA KRT & PERSATUAN PENDUDUK KAWASAN BANGSAR DI BALAI POLIS PANTAI, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2022 – Insp Yee Chin Loong, Ketua Polis Balai Pantai telah mengadakan perjumpaan bersama KRT & wakil Persatuan Penduduk Bangsar di Bilik Mesyuarat Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Sub Insp Mazdi Khairul bin Mat Derus, Penolong Ketua Polis Balai bersama SM Mohd Zin bin Ahmad, Ketua Operasi Balai, SM Sachari bin Pardiman, Ketua Unit Rondaan & Logistik Balai dan 5 orang PRP Unit Kolaborasi Sumber Balai.

Antara jemputan yang hadir adalah YBhg. Datuk Muntaz Ali, Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, En. Charles Tan Cheng Lock, Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, En. Steven Koh Wai Beng, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Taiping, Pn. Kim Chee, Pengerusi Persatuan Penduduk Bangsar Baru (BBRA), En. Mohamad Rosedin Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Abdullah Hukum, En. Hussin bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria, En. Mohamed Ariff bin Tar Mohamed, Pengerusi KRT Jalan Riong Taman Bangsar Pertama, En. Abdul Jalil bin Mohd Raus, Pengerusi KRT Apartment Putra Ria, En. Mohamad Arif bin Mohd Yunus, Pengerusi KRT Apartment Kg Haji Abdullah Hukum, En. Selvadurai Aruchandran, Pengerusi KRT Taman Lucky dan Pn. Irene Chan, AJK Persatuan Penduduk Taman Bangsar Pertama.

Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara PDRM khususnya Balai Polis Pantai dengan KRT & Persatuan Penduduk sekitar Bangsar. Disamping itu dapat memperkasakan lagi hubungan kerjasama yang erat dalam usaha mencegah masalah jenayah. Perjumpaan ini turut membincangkan mengenai permasalahan yang sering dihadapi disamping memperoleh maklumat berkaitan kejadian jenayah serta keselamatan di sekitar kawasan Bangsar serta membincangkan cara penyelesaian dan lain-lain hal dibawah bidang kuasa PDRM.

Perjumpaan ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 malam.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …