OP CARILAMAT ; INDIVIDU DIPERCAYAI TERJUN JAMBATAN PERTAMA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menerima panggilan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung kejadian individu dipercayai terjun Jambatan Pertama Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Perai menghala ke Pulau pada jam 7.07 pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, maklumat kejadian disalurkan terus ke Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi untuk pengaktifan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT). Dalam pada masa yang sama, bot PERKASA 1221 diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.

Operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 8.00 pagi turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.

Kes individu terjun jambatan ini adalah yang keempat direkod untuk awal bulan Mei ini sahaja dan yang kelapan secara keseluruhan dari awal Januari tahun 2022.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …