PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SRJK (C) KENG KOON, BATU KAWAN, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Unit Pendidikan dan Sebaran Am, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak pengurusan SRJK (C) Keng Koon bagi mengadakan sesi pameran dan ceramah kesedaran alam sekitar untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Sambutan yang diterima dari pelajar-pelajar sekolah tersebut amat menggalakkan. Beberapa aktiviti sampingan juga telah dijalankan sepanjang sesi pameran itu berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan ialah, kuiz alam sekitar, permainan dam ular alam sekitar gergasi dan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS).

Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang melalui Unit Pendidikan dan Sebaran Am amatlah mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menjemput unit tersebut bagi mengadakan pameran berkenaan kesedaran menjaga alam sekitar. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JAS Pulau Pinang menerusi talian 04-5751911.

 

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …