KERAJAAN BERI BANTUAN KECEMASAN KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH AKIBAT KEJADIAN KEPALA AIR DI JANDA BAIK, BENTONG

Kerajaan akan memberi bantuan kecemasan kepada Keluarga Malaysia yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik, Bentong, Pahang sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga bagi meringankan beban akibat kerosakan peralatan rumah.

Bantuan itu akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama-sama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri semasa mereka melawat mangsa nanti.

Kepada semua penduduk yang berada di sekitar kawasan tersebut sentiasa berhati- hati kerana walaupun keadaan air sungai sudah kembali surut namun ia masih agak deras dan keruh. Terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu mangsa.

Sumber: Laman FB Pejabat Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut