JOM RAMAI-RAMAI PUASA 6

Puasa Enam : Antara Sunnah dan Kesihatan

Nabi S.A.W bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari r.a :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, lantas disusuli dengan puasa enam hari pada bulan Syawwal maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun.” [lihat Imam Muslim, Kitab al-Saum, Bab Sunat Berpuasa Enam pada Bulan Syawwal Usai Ramadhan no 1164]

Antara kelebihan dan keajaiban puasa Enam Syawwal dari perspektif kesihatan, dinukilkan dari kajian-kajian dan ujikaji perubatan bahawasanya jika seseorang itu berpuasa dalam sehari tubuh badannya boleh dibersihkan (detox) dari zat-zat yang berlebihan (tidak diperlukan badan) dan racun-racun yang termendap dalam tubuh selama 10 hari.

Justeru, proses detoxification ini berlaku dalam tempoh 10 hari dengan hanya 1 hari berpuasa. Jadi, dalam setahun tubuh manusia perlu berpuasa sekitar 36 hari untuk proses detoxification berlaku secara total. Matematik mudah : 36 hari [30 hari Ramadhan + 6 hari Syawwal] x 10 hari [Tempoh Detoxification] = 360 hari! (mewakili jumlah hari dalam setahun berdasarkan kalendar Hijri).

Subhanallah! Hebat sungguh kelebihan yang Allah kurniakan menerusi Sunnah agung ini.

Selamat beramal. Semoga bukan racun fizikal sahaja yang ditendang keluar, tetapi yang lebih hebat lagi racun kufur, syirik dan nifaq juga terdetoksifikasi dari hati yang sewajarnya hanya diisi dengan Iman!

(Sumber rujukan : Tibb al-Ibadat oleh Dr. Jamal Muhammad al-Zakiyy, Ahli Pertubuhan al-I’ijaz al-I’lmiyy Li al-Quran wa Al-Sunnah, Mesir)

Ditulis oleh :

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Pusat Pungutan Zakat

 

SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKATΒ https://www.facebook.com/myzakat/