OPERASI PENGUATKUASAAN KE ATAS PREMIS OLEH SWCORP WP

??????? ?????????????? ?? ???? ?????? ???? ??????????? ???????? ??????????? ???? ?? ??????? ????????

KUALA LUMPUR 11 MEI 2022 – Seramai lima (5) anggota penguat kuasa SWCorp Kuala Lumpur telah melakukan operasi penguatkuasaan ke atas premis di Jalan Awan Kecil, Taman Yarl, Kuala Lumpur.

Turut menyertai operasi ini ialah Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih dan Alam Flora Sdn. Bhd. Kawasan ini telah dilaporkan sebagai zon wabak denggi tidak terkawal oleh Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih.

Antara punca berlakunya wabak denggi adalah disebabkan ada pihak yang melakukan aktiviti pengumpulan sisa di kawasan premis persendirian. SWCorp telah mengarahkan pemilik premis supaya membersihkan segera sisa di premis dan sekitarnya sehingga selesai.

Operasi ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada penduduk supaya sentiasa memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih dan serta bebas denggi. Penghuni juga diberi tempoh tiga (3) untuk membuat pembersihan. Tindakan tegas akan diambil jika ingkar dan gagal memberikan kerjasama yang baik.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …