KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI KE JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JPS WPKL)

KUALA LUMPUR, YDH ACP Noor Dellhan Bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama pegawai-pegawai kanan beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) pada 11hb Mei 2022 (Rabu). Lawatan ini disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Azmin Bin Hussin, Pengarah JPS WP Kuala Lumpur bersama-sama Ketua-Ketua Bahagian JPS WP Kuala Lumpur.

Tujuan Kunjungan Hormat tersebut adalah lebih kepada sesi suai kenal dan bagi membincangkan beberapa isu berkenaan banjir kilat yang berlaku sejak kebelakangan ini dalam kawasan Pentadbiran IPD Dang Wangi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan cara-cara untuk menangani isu-isu dan masalah banjir di kawasan tersebut dengan lebih efektif dan terperinci.

Pertemuan berakhir dengan penyerahan cenderamata sebagai simbol bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara keduanya.

Polis Dang Wangi

#jpswpkl

#ipddw

#PDRM

#KementerianAlamSekitarDanAir

#kualalumpur

#banjirkilat

Sumber : FB JPS WP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …