PMKS PERLU SEGERA ADAPTASI SALURAN E-DAGANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pandemik COVID-19 seharusnya memberi pengajaran kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memperbaiki keadaan dan mencari model perniagaan untuk mengadaptasi saluran e-dagang dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berpendapat, perkembangan pesat digital ekonomi wajib dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan bagi melepasi sempadan antarabangsa. Menurutnya, bantuan pembiayaan kepada PMKS amat diperlukan dalam mendukung pemulihan dan perkembangan. Tambah beliau, bantuan boleh diberikan dengan pelbagai cara bukan sahaja bantuan kewangan tetapi sokongan pemasaran terutama saluran e-dagang serta sokongan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk membawa barangan dan perkhidmatan ke luar negara.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …