TIADA SIASATAN MELALUI PANGGILAN TELEFON !

Perkongsian satu kisah seorang pegawai bank yang menjadi mangsa penipuan Macau Scam. Selain tugas mencari suspek, ada juga polis tugasnya mengkaji dan menganalisis jenayah dari sudut psikologi dan lain-lain. Temubual dijalankan bagi mencari punca bagaimana seorang pegawai bank yang tugas hariannya berurusan dengan akaun bank boleh terperangkap menjadi mangsa.

Kronologi kes mangsa:

  1. Mangsa dihubungi oleh pihak insurans dan memaklumkan tentang tuntutan insurans mangsa. Mangsa nafi.
  2. Talian kemudian disambungkan kepada pihak polis untuk membuat laporan secara dalam talian.
  3. Mangsa diarah untuk membuka akaun bank baru dengan mendaftarkan no. telefon yang diberikan suspek. No. pin kad juga telah ditetapkan oleh suspek.
  4. Mangsa pindahkan semua wang simpanan ke akaun bank yang baru dibuka dan serah semua maklumat perbankan seperti no. kad ATM.
  5. Mangsa diarah hantar laporan aktiviti harian (5) kali setiap hari.
  6. Selepas (3) bulan, mangsa buat semakan akaun bank dan dapati wang telah tiada.

Jadi apabila ditanya, bagaimana boleh ikut semua arahan suspek sehingga buka akaun baru menggunakan no. telefon orang lain.

Jawab mangsa, kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi untuk siasatan pihak berkuasa dan itu juga jawapan yang diberikan oleh mangsa-mangsa lain yang pernah admin tanya.

INGAT! INGAT! INGAT!

  • Tiada siasatan pihak berkuasa melalui panggilan telefon.
  • Jangan serah maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.
  • Jangan daftar no. telefon orang lain pada akaun bank anda.
  • Beritahu ahli keluarga tentang panggilan diterima.
  • Pihak polis tak buat pemantauan kedudukan suspek melalui whatsapp. 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …