MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN (JKKN) NEGERI PULAU PINANG BIL.1/2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Pulau Pinang Bil.1/2022 telah dilaksanakan pada 11 Mei 2022 dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican. Mesyuarat kali ini merupakan kali pertama YB Dato’ Sri mempengerusi mesyuarat tersebut selaras dengan perubahan Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

JKKN Pulau Pinang Bil.1/2022 turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Azman bin Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, SAC Tuan Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas IPK Pulau Pinang, Dr Haniff bin Hassan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dan Mejar Shairul Bahari bin Md Ali, Pegawai Staf 2 Risik, Markas Briged Ke Enam Infantri Malaysia.