OPS PEMANDU WARGA ASING (PeWA) OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seberang Jaya, 10 Mei 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) dengan tumpuan utama di sekitar kawasan Kepala Batas, Bukit Mertajam, Jalan Perusahaan Bukit Minyak, Bukit Panchor, Batu Kawan dan Jawi, Pulau Pinang.

Penguatkuasaan berfokus ini diadakan bertujuan untuk memastikan pemandu warga asing (PeWA) memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri yg sah semasa memandu di sini, serta mengambil tindakan tegas terhadap pemandu warga asing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu kenderaan dan juga bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin selamat semasa memandu di jalan raya.

Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing dan pemilik kenderaan tanpa kompromi dan yang engkar peraturan serta undang-undang ditetapkan semasa memandu di negeri ini.

 

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 • 1 lokaliti di daerah Jeli • 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut