MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PMBTD ZON 2 DIVISYEN BERSAMA PANGLIMA TENTERA DARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NEASIONAL (Hubungan Berbilang Kaum)

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Zon 2 Divisyen Bersama Panglima Tentera Darat yang diadakan di Padang Kawad Kem Tun Razak, Bayan Lepas pada 10 Mei 2022.

Majlis ini dimulakan dengan gimik letupan meriam buluh dan pertunjukkan bunga api sebagai simbolik sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan Tan Sri PTD bersama delegasi beliau. Majlis ini turut dimeriahkan dengan gerai-gerai formasi yang berada di bawah naungan formasi 2 Divisyen. Tan Sri PTD juga telah menyempurnakan acara penyampaian sumbangan kepada anggota-anggota 2 Divisyen serta turut menyampaikan ‘duit raya’ kepada anak-anak warga 2 Divisyen yang hadir. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut diakhiri dengan acara bergambar bersama-sama seluruh warga 2 Divisyen yang hadir bertempat di Padang Kawad Kem Tun Razak.

Turut hadir meraikan majlis adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Subari bin Haji Tomo dan isteri, Datin Norlila binti Haji Ishak, barisan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia serta seluruh warga 2 Divisyen yang berada di kawasan sekitar.

Pelaksanaan majlis sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke–28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebersamaan warganya.

 

Sumber:

Laman Facebook Markas 2 Divisyen

Artikel/Berita Terkini

LANGKAH PENCEGAHAN DENGGI

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama …
Maklumat Lanjut

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut