KPDNHEP PULAU PINANG MENERUSKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN SELEPAS AIDILFITRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Pulau Pinang dan Daerah Timur Laut telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan pada 10 Mei 2022. Perincian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Ke Endemik, Pemeriksaan Tanda Harga, Alat Timbang dan Sukat dan Siasatan Aduan dijalankan di Pasar Awam Taman Berjaya dan kawasan sekitar oleh empat (4) orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 56 buah premis.

Operasi turut dilaksanakan di Jalan Anson, Timur Laut merangkumi Pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (Raya Puasa) & Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit Covid-19, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian. Pemeriksaan dilakukan oleh tiga (3) orang pegawai terhadap sembilan (9) premis perniagaan.

Laporkan salah laku dan aduan di talian :

e-aduan.kpdnhep.gov.my
Tel : 04-3840245 / 246 / 247 (KPDNHEP Pulau Pinang)
Tel : 04-2552456 (KPDNHEP Cawangan Timur Laut)
Whatsapp : 019-2794317 (Aduan Pengguna)

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut