PUSAT BELIA KELANTAN BAKAL BEROPERASI JUN DEPAN

 

KOTA BHARU – Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Kelantan (U-BeS) Nasruddin Mahmud Muhaidin memaklumkan Pusat Belia Kelantan di Medan Usahawan Kota Bharu akan mula beroperasi sepenuhnya pada Jun, sejurus selesai proses pengubahsuaian.
Menurutnya, selepas perasmian, Pusat Belia Kelantan itu akan menjadi pusat sehenti bagi program-program pembangunan dan penyelidikan kemajuan belia.
Selain Institut Remaja Kelantan, pusat belia ini juga bakal menempatkan pejabat Konfederasi NGO Kelantan (KNK), Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan, Duta Belia Kelantan dan Komuniti Gentera.
“Kita akan fikirkan untuk mengadakan pelbagai program yang bersesuaian dengan remaja dan belia hari ini. Di samping memanfaatkan kemudahan yang ada.
NGO adalah pemegang taruh yang diharapkan dapat bersama-sama memainkan peranan bagi menghidupkan pusat belia ini,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA: PASTIKAN PAKAI TOPI KELEDAR YANG BER SIRIM

Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama yang menuntut kesedaran tinggi daripada semua pemandu dan penunggang motosikal. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) …

LOGHAT UNIK TERENGGANU

Loghat Terengganu atau “Cakak Tranung” terkenal dengan ciri khas seperti penukaran bunyi hujung kepada sengau “-ng”, penggunaan kata penegas (penguat) …