PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Pulau Pinang memaklumkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu semakin berleluasa dalam kalangan pemandu masa kini. Antara penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah seperti menjawab panggilan, melayari ‘whatsApp’, ‘facebook’ dan sebagainya. Sikap sedemikian boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan di jalan raya, berbahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Sikap sebegini dikalangan segelintir pemandu boleh menyebabkan kemalangan akibat kelekaan serta memperlahankan masa tindakbalas semasa pemanduan.

Menurut MIROS, kajian mendapati bahawa pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan kenderaan tersasar dari lorong, terlepas simpang, melanggar pejalan kaki dan melanggar lampu isyarat merah. Sepanjang Ops HRA yang dilaksanakan bermula 29 April hingga 8 Mei, sebanyak 37 notis saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut. Bagi tempoh 9-10 Mei 2022, sebanyak 18 notis saman dibawah Subkaedah 17A(1) telah dikeluarkan oleh anggota Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang.

Untuk makluman pengguna jalan raya, kesalahan dibawah Subkaedah 17A(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959, iaitu penggunaan telefon bimbit / alat komunikasi semasa memandu boleh dikompaun RM 300 dan penambahan mata demerit dalam sistem Kejara.

Sumber:
Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut

PAHANG CADANG WUJUDKAN ZON INDUSTRI DI SEMUA DAERAH

Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke …
Maklumat Lanjut

PELARASAN TARIF AIR BANTU KUKUHKAN SISTEM BEKALAN AIR

Kuala Lumpur: Pelaksanaan pelarasan kadar tarif air bagi kategori domestik sejak 1 Februari lepas penting bagi menambah baik dan meningkatkan …
Maklumat Lanjut