JPJ NEGERI KELANTAN MENGGUNAKAN DRON KESAN PEMANDU DEGIL YANG MELAKUKAN KESALAHAN LALULINTAS

 

KOTA BHARU : 6 Mei 2022 –
Unit Operasi JPJ Negeri Kelantan telah meningkatkan rondaan dan membuat pemantauan ke atas pengguna jalan raya yang masih berdegil melakukan kesalahan lalulintas seperti memotong di sebelah kiri jalan (potong Q) di Jalan Kota Bharu – Kuala Krai pada hari ini.
Penggunaan teknologi terkini seperti pemantauan menggunakan dron amat membantu mengesan kesalahan pemandu yang degil dan suka melakukan kesalahan yang menyebabkan kesesakan lalulintas serta punca kemalangan khususnya di musim perayaan ini.
Sepanjang rondaan dibuat di kawasan tersebut Unit Operasi JPJ Negeri Kelantan berjaya mengesan 25 kesalahan memandu memotong barisan dan sebanyak 30 saman telah berjaya dikeluarkan. Kesalahan tersebut didakwa bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu memotong disebelah kiri jalan (potong Q). Sepanjang perlaksanaan OPS HRA 2022 pemandu yang melakukan kesalahan ini akan dihadapkan ke mahkamah dan kesalahan ini tidak boleh di kompaun.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut