PENDERMA DARAH AFERESIS YANG TERBANYAK DI MALAYSIA

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada ENCIK LIEW CHIN YAP diatas pengiktirafan sebagai Penderma Darah Aferesis Terbanyak oleh The Malaysian Book of Records baru-baru ini. Sehingga 18 April yang lalu, beliau telah menderma darah sebanyak 632 kali. Beliau mula menderma darah buat pertama kalinya apabila mengikut adiknya ke satu kempen derma darah pada tahun 1992. Sehingga kini, beliau masih setia menjalankan tanggungjawab sosial sebagai penderma darah. Mengetahui tentang keperluan darah untuk pesakit hanya boleh diperolehi melalui pendermaan darah, ia menjadi inspirasi untuk beliau terus menderma darah secara konsisten selama 3 dekad ini.
Sekali lagi, Pusat Darah Negara ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Liew kerana menjadi insan yang PALING PEMURAH yang telah menyelamatkan ratusan dan mungkin ribuan nyawa pesakit. Pusat Darah Negara juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu Encik Liew mendapatkan pengiktirafan tersebut.
*Gambar ikhsan dari media sosial.
Sumber : FB PUSAT DARAH NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MELAYSIA  https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …