PERUNTUKAN RM120 JUTA DIPERLUKAN BAGI MEMBAIKI SISTEM PAIP DI DASAR LAUT KE PULAU REDANG

KUALA TERENGGANU, 10 MEI 2022 – Kerajaan Terengganu berhasrat menaik taraf paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Redang memandangkan paip sedia ada berusia 25 tahun semakin uzur dan sering mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, berkata peruntukan sebanyak RM120 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip dasar laut sepanjang kira-kira 23 kilometer itu yang telah berusia lebih 25 tahun.

Kekerapan paip dasar laut itu pecah menyebabkan kita membazir hampir 50 peratus bekalan air bersih di samping terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi sebanyak RM70,000 setiap kali kerosakan berlaku.

Setiap kali berlaku kes paip pecah di dasar laut, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) terpaksa mengurangkan tekanan bagi mengelak lebih banyak air keluar dan berlaku pembaziran dan perkara iniĀ  akan menyebabkan pengguna akaun yang tinggal di kawasan penghujung berdepan masalah gangguan bekalan air kerana tekanan sangat rendah. Kes paip pecah semakin kerap berlaku dan terbaharu telah berlaku pada dua minggu lepas. Kawasan yang kerap terjejas akibat kebocoran ini adalah daerah Besut dan Setiu.

Dengan adanya peruntukan RM120 juta, kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan sebahagian masalah kekurangan bekalan di Terengganu sekaligus dapat mengelak pembaziran air bersih.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

IMPAK PEMBANGUNAN BANDAR & LUAR BANDAR

 

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut