DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021 – 2025

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 ini adalah suatu dokumen yang menggariskan pengurusan keselamatan negara dalam kontek yang lebih meluas, strategik dan menyeluruh. Seperti umum sedia maklum, ciri sifat pengurusan keselamatan pada masa hadapan amat bergantung kepada keupayaan ketahanan rakyat, semangat cintakan negara, kesediaan bekorban demi tanah air, penguasaan ilmu dan teknologi serta integrasi pelbagai aspek kehidupan dan hirarki pentadbiran.

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (DKN 2021-2025) adalah panduan dan rujukan utama Kementerian-Kementerian dan Agensi di setiap peringkat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah di dalam tadbir urus keselamatan negara secara menyeluruh. DKN 2021-2025 adalah pendekatan strategik dalam membentuk hala tuju pengurusan keselamatan negara khususnya dalam tempoh yang dinyatakan.

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA Pengenalan Dalam era digital, maklumat boleh tersebar dengan pantas melalui media sosial dan …

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …