JIM LANJUT OPERASI PENGELUARAN PASPORT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melanjutkan waktu operasi enam pejabatnya hingga jam 10 malam mulai Rabu ini untuk mengatasi kesesakan berikutan peningkatan mendadak permintaan untuk urusan passport.

Di antara pejabat yang terbabit dengan lanjutan operasi adalah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bagi Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Perlis waktu operasi adalah hingga jam 6 petang manakala bagi semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung hingga 10 malam. Semua pejabat pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah bermula 14 Mei.

Bagi rakyat Malaysia yang akan mengerjakan ibadah Haji boleh terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Tabung Haji (TH) dan kaunter khas yang disediakan. Selain daripada itu, Imigresen juga telah memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara bermula Rabu ini.

Semua urusan pembaharuan PMA di seluruh negara perlu dibuat melalui sistem online kecuali bagi permohonan PMA baharu, kategori warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta PMA yang telah rosak dan hilang.

Pemohon yang mempunyai masalah cap jari masih boleh meneruskan permohonan hingga proses bayaran dan pemohon boleh hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan semula cap jari.

Kelulusan menerusi sistem online ini boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

 

SUMBER: JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …