SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA (1 MEI 2022 – 7 MEI 2022)

SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA ME-18/2022

(1 Mei 2022 – 7 Mei 2022)

Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melaporkan TIADA (0) kes baharu pada Minggu Epid ke-18/2022, berbanding pada Minggu Epid ke-17/2022, dimana sebanyak 5 kes telah dilaporkan. Ini menjadikan kumulatif kes Denggi sehingga ME-18/2022 sebanyak 45 kes dan 5 wabak.

Tren kes Denggi di Malaysia adalah jenis kitaran atau ’cyclical pattern’ disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya adalah faktor iklim, begitu juga tren yang dilihat di WP Putrajaya.

Fasa Peralihan ke arah endemik COVID-19 yang memberikan kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti di luar rumah juga menjadi salah satu faktor peningkatan kes Denggi. Penularan jangkitan bukan sahaja boleh berpunca dari rumah, bahkan di tempat persinggahan yang dilawati. Jangan jadikan rumah kediaman anda menjadi tempat pembiakan dan penularan Denggi kepada saudara mara yang datang berkunjung untuk Sambutan Hari Raya.

Oleh itu, kesedaran individu dan tanggungjawab bersama adalah sangat penting bagi memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang terhindari dari Denggi. Justeru, Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPj) mengajak semua warga Putrajaya untuk kekal bebas dari Denggi.

Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Pastikan anda lakukan pemeriksaan & pembersihan rumah dari Jentik-jentik (Cari & Musnah) setiap minggu!
  2. Pastikan anda lakukan langkah pencegahan dari gigitan nyamuk Aedes ketika berada di luar rumah.
  3. Pantau gejala. Sila dapatkan rawatan segera jika bergejala.
Pesanan
Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar
Pegawai Kesihatan WP Putrajaya
9 Mei 2022

#WPPutrajayaBEBASDenggi

 

SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

 

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut