SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA
(1 Mei 2022 – 7 Mei 2022) – ME 18/2022
Sebanyak 130 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu ke-18/2022, menurun 189 kes (59.2%) berbanding 319 kes pada minggu sebelumnya.
Kesemua 130 kes pada minggu ke-18/2022 adalah tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2). Sebanyak 26 kematian dilaporkan di mana dua(2) kematian berlaku pada tahun 2022. Sementara itu, sebanyak 3 kluster COVID-19 yang masih aktif dan melibatkan 90 kes.
Bagi pencapaian vaksinasi COVID-19 di Putrajaya sehingga akhir minggu ke-18/2022 pula, peratus pemberian dos penggalak di kalangan dewasa (18+ tahun) adalah sebanyak 94.5% dan yang telah lengkap vaksinasi adalah 118.2%. Pemberian vaksin kepada golongan remaja (12-17 tahun) dan kanak-kanak (5-11 tahun) pula telah mencapai masing-masing 98.8% dan 52.2%. PKPj juga telah memulakan pemberian dos kedua kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dengan pencapaian 29.5% (5,900).
Terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat); Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Lakukan penilaian kendiri sebelum pergi ke tempat-tempat yang hendak dilawati. Segera dapatkan vaksin primer dan penggalak COVID-19 dan teruskan amalan TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek help), segera jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
Tarikh akhir bagi pemberian dos pertama kepada kanak-kanak (5-11 tahun) di PPV fasiliti kesihatan adalah pada 15 Mei 2022 ini. Segera bawa anak ke PPV terpilih sebelum 15 Mei.
SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain