SIMMTECH BUKA KEMUDAHAN PEMBUATAN CANGGIH PERTAMA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Simmtech, pengeluar papan litar bercetak (PCB) dan substrat pembungkusan untuk semikonduktor yang berpangkalan di Korea Selatan akan membuka kemudahan pembuatan termajunya yang pertama di Asia Tenggara di Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat. Pengarah Urusan Simmtech Asia Tenggara, Jeffery Chun berkata kemudahan pembuatan di bawah anak syarikat Simmtech, Sustio Sdn Bhd itu dijangka memulakan penghantaran volum substrat pembungkusan dan produk PCB secara besar-besaran kepada pelanggan menjelang separuh kedua tahun ini. Chun berkata kemudahan seluas 7.3 hektar itu akan menjadi kilang kelapan kumpulan itu di samping operasi yang lain di Korea Selatan, China dan Jepun. Kilang Sustio di Pulau Pinang akan meningkatkan kapasiti substrat dan PCB Simmtech sebanyak 20 peratus, yang akan menyumbang dengan serta-merta bagi memperbaiki keadaan kekurangan bekalan industri semikonduktor yang boleh menangani keperluan dalam kalangan pemain industri dengan lebih berkesan.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow merasmikan majlis pembukaan kilang Sustio di sini pada 9 Mei 2022, yang turut dihadiri duta Korea Selatan ke Malaysia Lee Chi Beom, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Lim Bee Vian dan penasihat pelaburan khas kepada Ketua Menteri Datuk Seri Lee Kah Choon.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …