JAS NEGERI PULAU PINANG MENERUSKAN PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN PEMBAKARAN TERBUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang komited dalam melaksanakan tugas dengan menjalankan pemantauan bagi mencegah pencemaran dan pembakaran terbuka di sekitar daerah Seberang Perai, Pulau Pinang pada 7 Mei 2022 yang lepas.

Pegawai JAS Pulau Pinang menjalankan siasatan susulan aduan kebakaran kilang berasaskan plastik dan makanan yang melibatkan beberapa premis yang musnah dalam kebakaran di lot15, Lot17 & 19 dan 21 & 23, Lorong Seruling 2, Kawasan Perindustrian Valdor, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan didapati kebakaran telah padam sepenuhnya. Semasa siasatan, pegawai penyiasat telah menemui pasukan bomba dari bahagian forensik diketuai Tn. Mohd Amirul (Penguasa Kanan) bersama 6 anggota sedang menjalankan siasatan ke atas premis – premis tersebut.

Hasil maklumat yang diperolehi daripada pegawai bomba Tn. Amirul, pasukan bomba memerlukan tempohmasa hampir 2 minggu bagi menyiasat lokasi kebakaran dan kawasan premis masih ditutup untuk siasatan lajut. Oleh itu, pegawai penyiasat masih tidak dapat mendekati dan memasuki kawasan kebakaran kerana masih berbahaya dan berisiko tinggi.

Semasa siasatan dijalankan, pegawai penyiasat menemui salah satu wakil premis iaitu wakil kilang plastik dan telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan laporan bertulis ke jabatan ini berkaitan kebakaran yang telah berlaku dan tindakan yang telah dan sedang di ambil bagi pematuhan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan – peraturan dibawahnya.

Rondaan juga dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian Penang Science Park, Kawasan Perindustrian Juru, Kawasan Perindustrian Perai, Kawasan Perindustrian Mak Mandin dan Kawasan Perindustrian Sg. Lokan. Premis yang dibenarkan beroperasi diingatkan agar sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

Penduduk Pulau Pinang dinasihatkan untuk menghentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran.

Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut