MATRADE DISENARAI PENDEK UNTUK ANUGERAH ORGANISASI PENGGALAKAN PERDAGANGAN DUNIA 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

BERNAMA pada 9 Mei 2022 melaporkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah disenarai pendek untuk Anugerah Organisasi Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) 2022 oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) yang berpangkalan di Geneva, sebuah agensi bersama Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). MATRADE merupakan antara empat finalis yang dicalonkan dalam kategori ‘Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik’ atas inisiatifnya menganjurkan edisi maya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17 dari 9 Sept hingga 31 Dis, 2021. Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata sejak pandemik COVID-19 melanda, MATRADE telah mengambil inisiatif untuk mempercepat agenda pendigitalan dalam penggalakan dan pembangunan eksport dengan memanfaatkan pelbagai platform dalam talian.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …