KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG BERKAITAN KES VIRAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 9 Mei 2022.

??? ???????

“??? ????? ?????: ????? ?????? ?????????? ????? ????”

Pada 07/05/2022 satu rakaman video yang tular, berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ??????????. Rakaman video tersebut memaparkan seorang memandu sebuah m/kar diiringi oleh (2) anggota polis trafik menggunakan m/sikal milik PDRM, di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang.

Pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang menegaskan bahawa tiada arahan rasmi atau tidak rasmi, yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan PDRM diperingkat kontinjen Pulau Pinang untuk penugasan mengiringi subjek pada hari tersebut.

Pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang memandang serius kesalahan melaksanakan tugas tanpa arahan rasmi sama ada daripada pegawai kanan atau penyelia tugasan.

 

??? ?????

“??? ????? ?????: ????? ?????? ????????? ??????? ????? ???? ?? ???”

Pada 08/05/2022 satu rakaman video (Dashcam) yang tular, berdurasi 31 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ?????? ?? ???????? dalam “Facebook Page”. Rakaman video tersebut memaparkan, semasa melalui satu sekatan jalan raya, di kawasan Bukit Mertajam, telah terakam satu insiden dimana anggota polis trafik mengasari pesalah jalan raya.

Pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku pada 8/5/2022 jam lebih kurang 0115hrs. Dalam kes ini, PDRM Kontinjen Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis bagi menjalankan siasatan lanjut. Pihak kami akan mengenalpasti serta mendapatkan keterangan daripada pemilik akaun “Facebook Page” ?????? ?? ????????. Selain itu, kita juga akan mengesan mangsa yang masih gagal tampil untuk membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Kertas siasatan untuk kedua-dua kes telah dibuka untuk siasatan lebih terperinci bagi memberikan keadilan. Kesemua anggota trafik tersebut telah dilucut sementara daripada menjalankan tugasan hakiki dan ditempatkan sementara di Bahagian Pentadbiran sehingga siasatan selesai.

YDH Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain juga berkata PDRM Kontinjen Pulau Pinang sentiasa konsisten bahawa pucuk pimpinan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku yang bertentangan dengan undang-undang dan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan serta akan menjalankan siasatan yang telus dalam memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut