MALAYSIA TIDAK IKTIRAF SEKATAN UNILATERAL, TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA ​​PIHAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Dasar Luar Malaysia)

BERNAMA pada 8 Mei 2022 menyatakan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang sekatan unilateral terhadap mana-mana negara, melainkan ia diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata adalah sentiasa menjadi prinsip Malaysia jika ada sekatan unilateral, maka ia perlu melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan jika resolusi itu diluluskan Malaysia sebagai anggota PBB akan menghormati dan mematuhinya. Menteri itu mengulas mengenai sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh Barat dan sekutunya ke atas Rusia berikutan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine dalam satu sesi temu bual khas di pejabatnya di sini pada Sabtu. Mengenai konflik Rusia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia mengekalkan pendirian tidak berpihak tetapi pada masa sama tidak pernah bersetuju dengan sebarang pencerobohan oleh mana-mana negara yang mengancam kedaulatan negara lain.

Sumber: BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut