PELAN TINDAKAN TEBATAN BANJIR KILAT KL 2022

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2022 – YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur mempengerusikan satu Sidang Media mengenai langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh DBKL bagi menangani banjir kilat di Kuala Lumpur.

Selain telah mengenalpasti kawasan-kawasan hotspot banjir kilat, pelan ini juga meliputi langkah tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Beliau juga menyeru kerjasama daripada semua pihak, warga kota dan pembekal utiliti untuk sama-sama menjayakan pelan tindakan ini seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang dan tidak menjadikan longkang sebagai laluan utiliti seperti kabel dan paip. Aktiviti dan perilaku seperti itulah yang dikenalpasti sebagai penyumbang banjir kilat di bandar raya ini.

DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL untuk memantau situasi banjir kilat bagi tujuan menangani isu ini dari terus berlaku.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …