58,182 PANDU LAJU, LANGGAR LAMPU MERAH SEMASA AIDILFITRI

 

TUMPAT – Seramai 58,182 pengguna jalan raya dikesan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah menerusi rakaman kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam tempoh Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2022 yang dilaksanakan di seluruh negara setakat Sabtu.

Jumlah saman AwAS itu direkodkan bermula 18 April lalu menerusi 45 kamera yang ditempatkan di lokasi terpilih di seluruh negara. Tidak mematuhi had laju dan melanggar isyarat lampu melalui kamera AwAS adalah antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Operasi tersebut disertai 91 anggota dan pegawai JPJ, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dalam Op HRA 2022 sehingga semalam, sejumlah 89,490 kenderaan diperiksa dan 16,377 saman dikeluarkan secara terus membabitkan pelbagai kesalahan.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut